Hua Wei Idam Emas Pertama Sukan SEA

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 6:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya meraih dua pingat perakpada temasya Sukan SEA Singapura dua tahun lepas, atlet renang berirama negara, Gan Hua Wei kini mengidam untuk meraih emas pertamanya di laman sendiri pada temasya dwitahunan itu, Ogos ini.

Hua Wei, 18, berkata sasarannya kini bukan sahaja untuk sekadar menaiki podium malahan ingin mencipta kejayaan menyumbangkan pingat emas dalam acara disertainya, apatah lagi turun beraksi selaku atlet tuan rumah di hadapan penyokong tempatan.

"Sudah tentu kali ini saya tidak akan hanya pergi untuk sekadar mendapatkan pingat, tetapi saya akan pastikan pingat emas itu akan menjadi milik saya,"katanya.

Beliau, yang kini menjadi sandaran negara setelah diberi kepercayaan oleh jurulatihnya, Long Yan untuk bertanding dalam acara solo teknikal dan digandingkan bersama seorang atlet senior, Zylane Lee Yhing Hui dalam dua kategori duet (berpasangan) selepas Katrina Ann Abdul Hadi mengumumkan persaraannya.

Hua Wei mengakui tekanan yang dihadapinya kini jauh lebih tinggi berbanding sewaktu menyertai acara berpasukan, namun bila bergandingan bersama Zylanebanyak membantunya dalam menyerap tekanan baik ketika bertanding mahupun dalam sesi latihan.

"Ini adalah kali pertama saya bertanding dalam acara berpasangan jadi jurulatih sangat tegas sewaktu sesi latihan dan itu yang memberikan tekanan yang tinggi kepada saya.

"Tetapi mujur dia (Zylane) selalu ada untuk menenangkan saya dan memberikan kata-kata yang positif untuk menaikkan semula semangat sayaterus berlatih," jelas beliau.

Acara renang berirama Sukan SEA 2017 menawarkan lima pingat emas iaitumelalui acara solo bebas dan teknikal, duet bebas dan teknikal serta berpasukan.

Pencapaian terbaik Hua Wei ketika mewakili negara ialah pada Kejohanan Terbuka Jerman, Februari tahun lepas apabila menjadi atlet renang berirama Malaysia pertama yang berjaya meraih pingat dalam kejohanan itu dengan meraih pingat perak dalam acara solo teknikal.

Untuk rekod, dua pingat perak yang diraih Hua Wei pada edisi Sukan SEA ke-28 di Singapura, adalah menerusi dua acara berpasukan iaitu teknikal berpasukan dan berpasukan bebas.

Pada temasya itu gandingan Katrina Ann-Zylane menyumbang pingat emas pertama kontinjen negara pada temasya itu melalui acara duet teknikal.

Kategori solo tidak dipertandingkan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Gan Hua Wei , renang berirama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan