Malaysia Tepati Sasaran Naib Juara

Sabtu, 23 September 2017 8:58 PM

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara berjaya menepati sasaran naib juara keseluruhan pada Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 yang melabuhkan tirai pada Sabtu walaupun gagal merangkul juara keseluruhan mahupun mencapai sasaran awal 103 pingat emas.

Malaysia Lebur Dominasi 10 Tahun Thailand

Sabtu, 23 September 2017 2:04 PM

KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan penguasaan Thailand selaku juara bertahan sejak 2005 hingga 2015 apabila menewaskan pasukan itu 9-5 pada aksi final goalball lelaki di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini Sabtu.

Badminton Kutip Empat Emas

Jumaat, 22 September 2017 10:25 PM

KUALA LUMPUR: Skuad badminton para negara beraksi cemerlang serta menepati sasaran meraih empat pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) (KL2017) yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Abdul Latif Pertahan Emas

Jumaat, 22 September 2017 7:23 PM

KUALA LUMPUR: Juara dunia, Abdul Latif Romly menunjukkan belang di laman sendiri setelah berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki T20 untuk kali ketiga berturut-turut pada Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat.

Walaupun Tak Dapat Melihat, Kami Ada Hati Untuk Memahami

Jumaat, 22 September 2017 3:34 PM

KUALA LUMPUR: “Walaupun kami tidak nampak, tetapi kami ada telinga untuk mendengar, tangan untuk merasa dan hati untuk memahami,” itu yang diungkapkan penjaring gol kemenangan negara, Ahmad Fikri Omar selepas membantu Malaysia meraih pingat gangsa acara bola sepak lima sebelah Sukan Para ASEAN (APG) KL2017, Jumaat.

Malaysia Kaut Enam Emas Olahraga

Khamis, 21 September 2017 8:25 PM

KUALA LUMPUR: Skuad negara terus memperagakan aksi cemerlang setelah menambah enam lagi pingat emas pada hari keempat acara olahraga Sukan Para ASEAN (APG) KL2017  di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.

James Sasar Beraksi Di Sukan Komanwel

Rabu, 20 September 2017 8:33 PM

KUALA LUMPUR: Nama James Wong bukan nama yang asing bagi peminat sukan renang para negara kerana beliau sudahpun mewakili negara sejak 2009 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN kelima.

Mekanik Motor Raih Perak

Rabu, 20 September 2017 2:43 PM

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik motosikal kelainan upaya (OKU), Ma Hussein Mat Noh membuktikan bahawa tiada apa yang mampu dicapai sekiranya seseorang itu berusaha dan bekerja keras untuk mencapai impiannya.

Khairy Ajak Orang Ramai Sokong Atlet Para Negara

Selasa, 19 September 2017 6:58 PM

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyeru agar orang ramai hadir ke venue pertandingan Sukan Para Asean (APG) kesembilan 2017 bagi memberi sokongan kepada atlet para negara dalam misi memburu 103 pingat emas.

Skuad Berbasikal Trek Negara Cemerlang

Isnin, 18 September 2017 10:16 PM

NILAI: Skuad berbasikal trek negara berjaya melepasi sasaran yang diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) apabila membolot semua 12 emas dalam kesemua acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) KL 2017 di Velodrom Nasional di sini.

  • Mukasurat 1 daripada 22

Lihat mukasurat:

iklan

iklan

Iklan