'Puma Train 24seven Malaysia' sasar 1500 peserta - Sukan Ekstra | mStar

'Puma Train 24seven Malaysia' sasar 1500 peserta

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2018 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Buat kali julung kalinya karnival kecergasan sepanjang hari bakal berlangsung pada 17 November ini.

Karnival 'Puma Train 24seven Malaysia' bakal diadakan di Kenanga Star XPO dengan menampilkan gabungan pelbagai jenis aktitivi senaman dan rutin kecergasan di bawah satu bumbung.

Kemeriahan dijangka dengan sasaran peserta edisi sulung ini seramai 1500 orang.

Menurut kenyataan Puma,  konsep kecergasan sepanjang hari itu amat istimewa kerana peserta boleh memilih sehingga enam jenis aktiviti mengikut kesukaan mereka dan kebanyakkan aktiviti fizikal yang dibawakan masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri.

"Karnival kecergasan ini akan dibimbing oleh jurulatih yang profesional dan berpengalaman.

"Ia juga membuka peluang kepada peserta untuk mencuba rutin latihan yang berbeza seperti latihan ‘HIIT’ (high intensity interval training) ke rutin ‘Glow Dance’ yang menggunakan cat ‘glow-in-the-dark’.

"Ia akan dibahagikan dengan sembilan rutin latihan kepada tiga segmen teras, iaitu kegigihan (persistence), kelajuan (pace), dan kekuatan (power)," jelas kenyataan kepada media.

Peminat aktiviti kecergasan boleh melayari www.puma24seven.my untuk maklumat lebih lanjut.

Tags / Kata Kunci: Kecergasan , Puma
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan