Atlet positif doping, MSP belum terima maklumat rasmi - Sukan Ekstra | mStar

Atlet positif doping, MSP belum terima maklumat rasmi

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2018 8:53 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Majlis Sukan Pahang (MSP) belum menerima maklumat rasmi mengenai seorang atlet angkat berat negeri ini yang didapati positif ujian doping pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.

Penolong Pengarah Kanan MSP Mohd Izuddin Mohd Kenali berkata setakat ini, pihaknya hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media.

"Kami juga masih tidak maklum siapakah atlet yang terlibat... jadi kita akan menunggu maklumat rasmi daripada Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tindakan selanjutnya," katanya semasa dihubungi di sini, Selasa.

Pada SUKMA Perak 2018, Pahang diwakili 12 atlet lelaki dan empat atlet wanita dalam acara angkat berat dan mereka membawa pulang tiga emas dan dua gangsa pada sukan itu.

Secara keseluruhan, Pahang memperoleh 33 pingat emas, 20 perak dan 30 gangsa pada temasya sukan itu yang diadakan pada 11-22 September lepas.

Media hari ini, melaporkan Pengarah Adamas, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz mengumumkan seorang atlet angkat berat Pahang dan seorang atlet judo Perak positif ujian doping pada SUKMA Perak 2018.

Beliau dilaporkan berkata ujian makmal mendapati atlet Pahang yang berusia 21 tahun itu dikesan mengandungi dua bahan terlarang iaitu methylhexaneamine dan dimenthybutylamine. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: doping
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan