Bapa Khabib pelawa McGregor datang ke Rusia sertai Sambo - Sukan Ekstra | mStar

Bapa Khabib pelawa McGregor datang ke Rusia sertai Sambo

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2018 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

BAPA Khabib Nurmagomedow menjemput Conor McGregor datang ke Rusia walaupun petinju dari Ireland itu menghina keluarganya.

McGregor melabelkan Abdulmanap Nurmagomedov sebagai 'pengecut' menjelang pertarungan UFC229 dengan anaknya, Khabib.

Meskipun Conor menghina agama mereka, Abdulmanap memutuskan untuk memaafkan petinju tersebut.

Abdulmanap yang tidak dapat hadir menyaksikan pertarungan anaknya di Las Vegas kerana visanya untuk ke Amerika telah ditolak, mahu Conor menghadiri kejohanan Sambo di Dagestan pada Disember ini.

Sambo adalah sukan pertempuran di Rusia atau singkatannya bermaksud 'pertahanan diri tanpa senjata'.

Khabib bersama 18 'saudaranya'.

"Tetamu yang dikenali, saya menjemput rakan rapat kami Oleg Taktarov (pelakon dan bekas petinju UFC) dan McGregor sekali lagi ke kejohanan tersebut.

"Saya kata saya mahu maaafkannya, adalah penting untuk bersikap baik hati," kata Abdulmanap menerusi sebuah video yang diambil di dalam sebuah kereta.

Seorang lagi rakan yang turut berada di dalam kereta itu berkata McGregor akan teruja dengan layanan istimewa orang Islam terhadapnya.

Khabib dijangka menolak pertarungan semula bernilai 11 juta pound sterling dengan McGregor.

Selepas bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, Khabib dilihat banyak meluangkan masa dengan teman rapat dan juga keluarganya.

Malah dia turut memuatnaik gambar bersama dengan 18 'saudara'.

Khabib berkata:"Semoga Allah memberikan anda semua kesihatan dan kehidupan yang baik."

Tags / Kata Kunci: Khabib Nurmagomedow , Conor McGregor , UFC
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan