Perbadanan Stadium Malaysia alami defisit RM12.9 juta - Sukan Ekstra | mStar

Perbadanan Stadium Malaysia alami defisit RM12.9 juta

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2018 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengalami defisit sebanyak RM12.9 juta sehingga 30 Sept lepas.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata berdasarkan kedudukan kewangan tanpa geran khusus daripada kerajaan, perbadanan itu merekodkan defisit sebanyak RM20 juta pada 2015, RM26.6 juta (2016) dan RM32.7 juta (2017).

Beliau berkata kementeriannya telah membuat rombakan dalam Ahli Lembaga Pengarah PSM dengan melantik individu-individu berpengalaman dan berpotensi bagi menjana pendapatan PSM.

“Ia selaras dengan hasrat menjadikan KL Sports City menjadi pilihan venue penganjuran acara di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya di Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu kedudukan kewangan PSM.

Katanya, kementeriannya juga akan mengambil langkah menambah baik sistem sewaan fasiliti dan kemudahan KL Sports City termasuk mengkaji semula sistem panel syarikat yang dilaksanakan sebelum ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Syed Saddiq
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan