LRT, MRT percuma ke Bukit Jalil esok sempena Hari Sukan Negara - Sukan Ekstra | mStar

LRT, MRT percuma ke Bukit Jalil esok sempena Hari Sukan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2018 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rapid KL menawarkan perjalanan sehala percuma bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) ke stesen LRT Bukit Jalil pada Sabtu (esok) sebagai tanda sokongan kepada sambutan Hari Sukan Negara  2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Terhad untuk lima jam antara 6 pagi hingga 11 pagi, pengguna boleh menikmati perkhidmatan percuma itu sama ada dengan penggunaan token, kad perjalanan Touch 'n Go atau kad MyRapid konsesi.

"Penumpang digalak menggunakan kad perjalanan Touch 'n Go dan MyRapid konsesi yang mana tiada caj dikenakan apabila ia disentuh keluar di stesen LRT Bukit Jalil," kata Rapid KL dalam kenyataan pada Jumaat.

Sekiranya menggunakan token, pengguna boleh mendapatkan token secara percuma di mana-mana kaunter LRT dan MRT.

Menurut kenyataan itu, semua jenis basikal juga akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam tren bagi perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu sebagai sokongan kepada acara kayuhan basikal.

Perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi, 14 Okt dan pengguna boleh keluar di mana-mana stesen LRT dan MRT walaupun pintu masuk stesen sudah ditutup. - Bernama


Tags / Kata Kunci: LRT , MRT , Hari Sukan Negara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan