Sukan Para Asia: Malaysia buru tiga lagi pingat emas - Sukan Ekstra | mStar

Sukan Para Asia: Malaysia buru tiga lagi pingat emas

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 9:28 PM

Pelumba basikal negara Nur Azlia Syafinaz (belakang) bersama rakannya Nurul Suhada Zainal ketika beraksi pada acara akhir individu kejar mengejar 3,000 meter wanita B sempena Temasya Sukan Para Asia 2018 di Stadium Velodrome Antarabangsa pada Khamis. Azlia bersama rakannya mendapat pingat emas dengan catatan masa 4.00.688 minit. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Malaysia dilihat mampu melepasi sasaran 15 pingat emas pada temasya Sukan Para Asia 2018 di sini selepas atlet negara terus menghadiahkan tiga lagi pingat emas pada hari  keenam temasya, menjadikan jumlah 12 emas setakat ini.

Berbaki dua hari lagi sebelum temasya sukan itu melabuhkan tirai Sabtu ini, kontinjen negara berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran malah mempunyai peluang melepasi sasaran pungutanpingat emas.Setakat jam 7.30 malam ini, Malaysia mengumpul 12 emas, 18 perak dan 18 pingat gangsa.

Koleksi emas pada Khamis disumbangkan oleh atlet berbasikal Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dalam acara 3km kejar mengejar individu wanita di Velodrom Antarabangsa Jakarta.

Pingat emas kedua diraih pasukan trio boling negara dalam acara Mix Trios Team TPB8+TPB8/9+TPB9/10, manakala emas ketiga diraih perenang, Muhammad Nur Saiful dalam acara 50m gaya bebas 5.

Kontinjen negara turut meraih tiga pingat perak iaitu dalam acara berbasikal 4km kejar mengejar menerusi Mohd Khairul Hazwan dan acara pecut berpasukan C 1-5 manakala atlet lompat jauh, Wong Kar Gee dalam acara lelaki T12.

Malaysia menyertai 15 daripada 18 acara sukan dan menyasarkan 15 pingat emas, menyamai pencapaian Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan Para Asia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan