Naza akan taja pakaian atlet kebangsaan untuk Sukan Para Asia 2018 - Sukan Ekstra | mStar

Naza akan taja pakaian atlet kebangsaan untuk Sukan Para Asia 2018

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2018 7:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naza Corporation Holdings Sdn Bhd akan menaja pakaian atlet pasukan kebangsaan untuk kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, Naza Corporation Holdings akan menaja pakaian atlet pasukan kebangsaan bagi semua 226 atlet paralimpik dan pegawai Malaysia semasa majlis perasmian acara sukan tersebut.

Nasarudin, yang juga pengerusi eksekutif kumpulan dan ketua pegawai eksekutif syarikat berkata, tajaan itu sejajar dengan nilai teras syarikat untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong layan atlet para sama rata, konsisten!"

The Star sebelum ini melaporkan bahawa kontinjen Malaysia bergelut untuk mencari wang bagi membiayai pembelian pakaian mereka untuk upacara pembukaan di Jakarta.

Nasarudin, yang juga pengerusi eksekutif dan ketua eksekutif kumpulan syarikat, berkata penajaan itu sejajar dengan nilai teras syarikat untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan.

Nasarudin menjelaskan bahawa masalah pakaian kebangsaan tidak pernah menjadi isu kerana MPM dan agensi kerajaan yang berkaitan telah memulakan rundingan untuk mendapatkan penaja.

Syarikat-syarikat yang telah bersetuju untuk menaja kontinjen itu termasuk TuneTalk, Bata Malaysia dan Naza Corporation Holdings.

"Dalam keadaan ini, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, adalah betul dan MPM bersetuju dengannya," kata Nasarudin.

Beliau menambah bahawa ia merupakan amalan standard untuk mengagihkan pakaian kepada kontinjen beberapa hari sebelum berlepas untuk acara tersebut.

Sukan Para Asia yang ketiga akan diadakan di Jakarta dari 6 hingga 13 Oktober.

Tags / Kata Kunci: MPM , Sukan Para Asia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan