Sukan Asia: Empat pemain bola keranjang Jepun dihantar balik selepas beli 'seks' - Sukan Ekstra | mStar

Sukan Asia: Empat pemain bola keranjang Jepun dihantar balik selepas beli 'seks'

Diterbitkan: Isnin, 20 Ogos 2018 12:34 PM

Pasukan Jepun beraksi menentang Qatar Khamis lalu. Foto: AFP

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jawatankuasa Olimpik Jepun menggugurkan empat orang atlet lelaki dari pasukan bola keranjang Sukan Asia kerana 'membeli' seks di Jakarta.

Ketua Delegasi Jepun, Yasuhiro Yamashita, memberitahu pada sidang media bahawa jawatankuasa telah menggugurkan pemain-pemain itu daripada pasukan negara dan telah menghantar mereka balik.

Menurut laporan The Mainichi , selepas perlawanan pada Khamis, pemain-pemain tersebut meninggal perkampungan sukan untuk pergi ke sebuah retoran Jepun di kawasan yang terkenal dengan pusat hiburan dengan memakai pakaian pasukan.

"Selepas makan malam, mereka melanggan pelacur jalanan itu pergi ke hotel, dan mereka meneruskan dengan 'aksi," jelas Yamashita.

Tags / Kata Kunci: Sukan Asia , Jepun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan