Tewas di tangan Pacquiao, Matthysse umum bersara - Sukan Ekstra | mStar

Tewas di tangan Pacquiao, Matthysse umum bersara

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2018 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

HANYA dua minggu selepas tumbang di tangan peninju terkemuka Filipina, Manny Pacquiao, bekas juara welterweight WBA Argentina, Lucas Matthysse mengumumkan persaraannya.

"Hari ini saya memutuskan untuk menggantung sarung tangan, fasa seterusnya dalam hidup saya baru bermula," kata peninju berusia 35 tahun itu.

Matthysse menamatkan kariernya selepas melalui 43 perlawanan dengan rekod kemenangan sebanyak 38 kali.

Kali terakhir beraksi di gelanggang tinju ketika menentang Pacquiao di Kuala Lumpur.

"Pacquiao seorang peninju hebat, saya kalah kepada seorang legenda.

"Saya bangga kerana dapat berada pada kedudukan terbaik selama 10 tahun terlibat dalam sukan tinju dunia," katanya.

Matthysse memenangi gelaran juara WBA welterweight pada Januari lalu apabila menundukkan wakil Thailand, Tewa Kiram.-AFP



Tags / Kata Kunci: Pacquiao , Matthysse
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan