Pahang hantar 567 atlet, pegawai untuk sertai Sukma 2018 - Sukan Ekstra | mStar

Pahang hantar 567 atlet, pegawai untuk sertai Sukma 2018

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2018 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pahang akan menghantar 567 atlet dan pegawai bagi menyertai kesemua 29 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak, yang berlangsung 12 hingga 22 September depan.

Timbalan Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) Suraini Abdul Hamid (gambar) berkata kontinjen dari negeri Tok Gajah itu menghantar penyertaan lebih besar berbanding tahun lalu dengan lebih 60 peratus merupakan atlet-atlet berpengalaman dalam kejohanan itu.

“Kami mempunyai senarai lengkap kesemua atlet negeri yang akan menyertainya iaitu melibatkan seramai  277 atlet lelaki dan 162 atlet wanita.

“Mereka akan mewakili Pahang untuk menyertai 321 acara daripada 423 acara yang dipertandingkan dalam 29 jenis sukan pada temasya kali ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Menurutnya antara kumpulan atlet yang besar membabitkan sukan pencak silat seramai 39 orang, menembak (36 orang), olahraga (24 orang), memanah (20 orang), angkat berat (20 orang).

Dalam pada itu, Suraini berkata pihaknya menganjurkan beberapa siri kem motivasi membabitkan semua pemenang pingat dalam kejohanan Sukma tahun lepas untuk terus menaikkan semangat mereka bagi mengekalkan kemenangan dalam kejohanan kali ini.

Siri pertama kem motivasi berkenaan, katanya diadakan pada 20 hingga 23 April lalu, manakala untuk siri kedua, akan diadakan di Kem Batu 10 selepas sambutan Aidilfitri 29 Jun hingga 1 Julai ini dan siri terakhir akan dibuat pada Ogos.

Mengenai sasaran pingat, katanya perkara itu akan diumumkan kemudian oleh Exco Belia dan Sukan Pahang dalam masa terdekat.

Pada kejohanan Sukma 2016 di Sarawak, Pahang berjaya membawa pulang 77 pingat keseluruhan 30 emas, 25 perak dan 22 gangsa.

Tags / Kata Kunci: Sukma 2018
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan