Piala Dunia Fina: Tze Liang mara ke separuh akhir - Sukan Ekstra | mStar

Piala Dunia Fina: Tze Liang mara ke separuh akhir

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2018 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Penerjun negara, Ooi Tze Liang mara ke separuh akhir acara 3m papan anjal lelaki pada Piala Dunia Fina 2018 di Wuhan, China pada Rabu.

Beliau merekodkan 398.55 mata selepas enam terjunan untuk berada di kedudukan ke-18 daripada 34 penerjun, dan hanya 18 penerjun terbaik pada saingan awal mara ke pusingan seterusnya, Khamis.

Namun, nasib berbeza bagi seorang  lagi penerjun negara, Chew Yiwei apabila gagal mara ke separuh akhir selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 setelah mengutip 351.20 mata.

Peringkat separuh akhir dijadual berlangsung pada 10 pagi esok dan jika Tze Liang berjaya layak ke saingan akhir, beliau akan beraksi pada 4.30 petang hari yang sama, di Pusat Sukan Natatorium Wuhan.

Setakat ini, tiada sebarang pingat diraih penerjun negara pada kejohanan dunia itu.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ooi Tze Liang , terjun lelaki
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan