MOM akan rayu lebih banyak sukan masuk Sukan Sea - Sukan Ekstra | mStar

MOM akan rayu lebih banyak sukan masuk Sukan Sea

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2018 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan merayu kepada  Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa jenis sukan yang ditolak oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC) daripada senarai edisi sebelumnya yang dianjurkan di Malaysia.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib (gambar) berkata badan penaung itu akan  berbincang  dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menentukan  jumlah dan acara sukan untuk dirayu.

“Senarai pertama cuma senarai awal daripada tuan rumah, mereka dijangka memasukkan lagi (acara). 

"Kami akan bekerjasama dengan NSA-NSA dan MSN untuk merayu kebanyakan sukan yang kita cemerlang di Sukan SEA (Kuala Lumpur untuk dimasukkan).Kami akan memaklumkan NSA-NSA untuk menghantar rayuan mereka kepada kami.  

"Sukan-sukan yang tidak popular di Filipina akan menjadi cabaran (untuk disenaraikan) tetapi sukan yang popular seperti tenis, luncur ais dan seni bela diri mempunyai peluang cerah untuk disenaraikan, katanya ketika dihubungi Bernama, pada Khamis selepas mesyuarat dua hari Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF), PHISGOC   mengeluarkan senarai awal 30 sukan untuk Sukan SEA ke-30 yang dijadualkan  berlangsung daripada 30 Nov hingga Dis 10, 2019 di tiga bandar kluster -- Clark, Subic dan Metro Manila.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) diberikan masa sehingga 13 Jun ini untuk  menghantar  rayuan dan cadangan sukan tambahan bagi dimasukkan dalam Sukan SEA 2019.  

Antara sukan yang digugurkan adalah hoki, ping pong, ragbi, petanque, boling padang, bola jaring, kriket, ski air dan juga acara berbasikal trek.   

MOM menerusi satu kenyataan berkata tuan rumah juga menggugurkan badminton, tetapi memasukkannya  semula selepas mendapat bantahan keras daripada lima NSA, dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Thailand.

Tuan rumah juga telah menambah sukan baharu yang tidak dipertandingkan di Sukan SEA Kuala Lumpur, seperti  besbol, judo/jijitsu, gusti/kurash, arnis (seni bela diri dari Filipina) dan sukan tarian Arnis diperkenalkan  buat kali pertama di Sukan SEA Manila 1991 sebagai satu sukan demonstrasi.

Ia kemudiannya dipertandingkan dalam edisi Manila 2005, yang mana tuan rumah dan Vietnam masing-masing menggondol tiga pingat emas daripada enam emas yang dipertandingkan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: MOM , Sukan Sea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan