Tanglung 'Salah' laris - Sukan Ekstra | mStar

Tanglung 'Salah' laris

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2018 8:30 AM

Tanglung 'Salah' antara produk paling laris sempena Ramadan.

(Ubah saiz teks)

BINTANG bola sepak Mesir dan pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah tiba-tiba menjadi popular pada bulan Ramadan.

Peniaga mengambil kesempatan atas popularitinya dengan menjual produk sempena Ramadan seperti tanglung, pelekat, beg dan bantal yang dicetak dengan imej Salah.

Namun pada Ramadan kali ini, tanglung 'Salah' merupakan produk paling laris.

"Tanglung 'Salah' paling laris. Dia adalah contoh kepada rakyat Mesir ketika ini. Semua rakyat Mesir amat sayangkan Mo' Salah," kata peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Omnia.

Salah menjadi ikon penting dalam Islam kerana secara terbuka mempamerkan sentimen emosinya semasa meraikan jaringan di atas padang.

Pemain berusia 25 tahun itu kebiasaannya akan mengangkat tangannya ke langit dan bersujud di atas padang sambil disaksikan ribuan penyokong Liverpool.

Salah menjaringkan 44 gol dalam 51 perlawanan musim ini.

Dia juga dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA, pemain Afrika kedua menerima anugerah itu selepas Riyadh Mahrez pada 2016.

Salah kini merupakan tonggak utama Liverpool menjelang pertemuan dengan Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara 26 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Salah , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan