Pandalela, Jun Hoong raih tempat keempat, keenam pada final - Sukan Ekstra | mStar

Pandalela, Jun Hoong raih tempat keempat, keenam pada final

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2018 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, berada di kedudukan keempat pada acara final 10m platform individu dalam pusingan ketiga Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA yang berlangsung di Montreal, Kanada, pagi Ahad.

Pada  aksi di Centre sportif du Parc olympique – Parc olympique de Montréal – pemenang  pingat emas Sukan Komanwel bersama-sama Pandelela iaitu juara dunia Cheong Jun Hoong pula berada di tempat terakhir, menurut laman web rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa  (FINA) www.fina.org.

Pandelela mencatatkan 343.15 mata untuk berada di belakang  pemenang pingat gangsa dengan perbezaan hanya 11.5 mata manakala terjunan Jun Hoong pula merekodkan 298.70 mata.  

Pingat emas acara itu diraih penerjun China, Ren Qian selepas mengumpul 395.85 mata diikuti rakan senegaranya, Si Yajie dengan 377.65 mata dan penerjun Kanada, Meaghan Benefeito meraih pingat gangsa selepas mendapat 354.65 mata.  

Terdahulu, gandingan Pandelela dan Jun Hoong menyumbang emas dalam acara wanita 10m platform seirama pada Jumaat.  

Seorang  lagi penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri akan beraksi dalam acara 3m papan anjal individu pada Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia). - Bernama

Tags / Kata Kunci: Pandalela , Jun Hoong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan