Pandalela, Jun Hoong mara ke final - Sukan Ekstra | mStar

Pandalela, Jun Hoong mara ke final

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2018 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform berirama pada Sabtu, penerjun negara Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg meneruskan prestasi mantap pada pusingan ketiga Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA yang berlangsung di Montreal, Kanada.

Kedua-dua penerjun Malaysia itu mara ke final acara 10m platform individu wanita di Centre sportif du Parc olympique – Parc olympique de Montréal pada Sabtu, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), www.fina.org.

Jun Hoong, juara dunia 2017 acara berkenaan, menempah slot tersebut selepas menamatkan cabaran di tempat ketiga dengan mengumpul 340.20 mata dalam saingan separuh akhir ‘Flight B', manakala Pandelela Rinong turut menduduki tempat ketiga dalam separuh akhir ‘Flight A' setelah mengutip 339.85 mata.

Si Yajie dari China mendahului Flight A selepas mengumpul 365.30 mata, manakala penerjun tuan rumah, Meaghan Benfeito mengungguli Flight B dengan 370.70 mata.

Saingan final berlangsung pada 4 petang waktu tempatan, Sabtu (4 pagi waktu Malaysia, Ahad). - Bernama

Tags / Kata Kunci: Pandalela , Jun Hoong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan