Tiada kejohanan antarabangsa faktor kegagalan - Jonathan - Sukan Ekstra | mStar

Tiada kejohanan antarabangsa faktor kegagalan - Jonathan

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2018 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketiadaan sebarang kejohanan antarabangsa sepanjang tempoh fasa persediaan menjadi antara faktor penyumbang kepada kegagalan skuad menembak kebangsaan meraih keputusan cemerlang pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, berakhir Ahad.

Penembak negara, Jonathan Wong Guanjie berkata pendedahan menyertai pertandingan antarabangsa amat penting untuk membantu menyesuaikan diri dengan mudah dan cepat pada pertandingan sebenar.

Beliau berkata selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berakhir Ogos tahun lalu, tiada sebarang kejohanan antarabangsa disertainya dalam mempersiapkan diri menghadapi Sukan Komanwel 2018.

“Sebelum ini tiada sebarang pertandingan di luar, pertandingan dalam negara juga kurang, cuma semasa latihan  kita buat segala persiapan dengan baik. Namun, dari segi merasakan suasana bertanding itu kita tidak dapat, kerana ‘suasana' berlatih dengan ‘suasana' semasa pertandingan sangat berbeza.

"Saya rasakan prestasi saya sewaktu latihan agak bagus tetapi di Sukan Komanwel, dengan tekanan serta harapan diletakkan di bahu saya, ia satu keadaan yang sukar buat saya. Dengan ketiadaan pertandingan di luar, ia menjadi satu situasi yang susah untuk saya menyesuaikan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama-sama skuad menembak negara dari Gold Coast, Isnin.

Mengulas mengenai prestasinya di Gold Coast, Jonathan menyifatkan aksi hambar dalam acara 10 meter (m) air pistol sebagai satu episod pahit bagi dirinya, namun berpuas hati apabila berjaya mencipta kejutan mara ke final acara 50m pistol individu lelaki.

“Kalau tengok acara 10m air pistol memang agak mengecewakan tetapi saya sudah cuba untuk memperbaiki dan menebus kegagalan itu dalam acara 50m pistol. Saya berpuas hati kerana 50m bukan acara yang saya sasar ditambah dengan kekurangan latihan sebab fokus utama  acara 10m,” katanya.

Atlet kelahiran Melaka itu sekadar menamatkan saingan 10m air pistol di kedudukan kelapan dengan mengumpul 112 mata, sedangkan ketika layak ke pusingan akhir beliau selesa menduduki tempat ketiga daripada 24 penembak.

Pingat emas acara itu dimenangi penembak India Jitu Rai selepas membidik 235.1 mata dan rakan sepasukannya Om Mitharval memenangi gangsa apabila mengumpul 214.3 mata manakala penembak Australia Kerry Bell meraih perak dengan catatan 233.5 mata.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Jonathan Wong Guanjie , Penembak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan