Amy Kwan raih gangsa disiplin gelung - Sukan Ekstra | mStar

Amy Kwan raih gangsa disiplin gelung

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2018 9:55 AM

Amy Kwan.

(Ubah saiz teks)

GOLD COAST: Gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng berjaya merebut pingat gangsa acara individu gelung pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Atlet berusia 23 tahun itu mengumpul 13.550 mata untuk berada di kedudukan ketiga terbaik pada persembahan di Coomera Indoor Sports Centre.

Seorang lagi gimnas negara, Izzah Amzan berakhir di tempat keenam selepas mengumpul 11.900 mata.

Pingat emas acara itu diraih gimnas Cyprus, Diamanto Evripidou dengan 14.850 mata manakala pingat perak menjadi milik gimnas Wales, Laura Halford selepas mendapat 14.000 mata. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan Komanwel
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan