Sukan Komanwel: Hup Wei, Nauraj Ke Final - Sukan Ekstra | mStar

Sukan Komanwel: Hup Wei, Nauraj Ke Final

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2018 11:28 AM

Naurah dan Hup Wei (kanan) mara ke pentas akhir lompat tinggi Sukan Komanwel.

(Ubah saiz teks)

GOLD COAST: Dua atlet olahraga negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa mara ke acara final lompat tinggi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Kedua-dua atlet tersebut mencatatkan lompatan setinggi 2.21m untuk ke saingan seterusnya di Carrara Sports and Leisure Centre pada Rabu (11 April) ini.

Olimpian negara, Hup Wei tidak mempunyai masalah untuk menempah slot ke final apabila berada di kedudukan kelapan keseluruhan.

Berbanding atlet program podium, Nauraj yang diletakkan dalam keadaan cemas apabila terpaksa menunggu pengesahan keputusan ke final oleh penganjur apabila berakhir di kedudukan ke-13 keseluruhan.

Mengikut format awal, hanya 12 atlet terbaik layak ke final namun Nauraj turut mendapat tempat ke saingan seterusnya apabila mencatatkan rekod sama dengan 12 atlet lain iaitu 2.21m pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: Nauraj , Hup Wei , Sukan Komanwel
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan