Keputusan Doping Kumar Sebelum 15 April Ini - Sukan Ekstra | mStar

Keputusan Doping Kumar Sebelum 15 April Ini

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2018 8:06 AM

Keputusan kes doping Kumar (tengah) akan diketahu April ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) akan memutuskan status penjaga gol utama skuad negara, S. Kumar, yang disahkan positif doping, selewat-lewatnya, 5 April ini, menurut Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Presiden MHC,Datuk Seri Subahan Kamal berkata FIH akan memutuskan sama ada Kumar perlu menjalani sesi pendengaran atau terus dijatuhi hukuman berhubung kes doping berkenaan.Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh FIH menerusi e-mel kepada MHC semalam.

“FIH mempertimbangkan keputusan dan akan memaklumkan kepada kami dalam tempoh 21 hari mulai tarikh penerimaan surat rasmi semalam,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menerima sistem analisis prestasi sukan khusus bagi keperluan skuad hoki negara daripada Institut Sukan Negara (ISN) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.

Kumar didapati positif menggunakan bahan terlarang sibutramine oleh Agensi Antdoping Dunia (Wada) ketika beraksi pada saingan Piala Asia di Dhaka, Oktober lalu yang menyaksikan Malaysia muncul naib juara.

Subahan berkata beliau berharap kes membabitkan penjaga gol berusia 38 tahun itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin bagi membolehkan Kumar kembali menjalani latihan bersama Malaysian Tigers bagi menghadapi  Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.- Bernama

Tags / Kata Kunci: S.Kumar , Doping , Hoki Malaysia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan