UFL-Corezone Lubuk Kelengkapan Sukan Lasak - Sukan Ekstra | mStar

UFL-Corezone Lubuk Kelengkapan Sukan Lasak

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 5:42 PM

Radha menunjukkan barangan aktiviti luar yang ada di Corezone.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggemar aktiviti ‘outdoor’ atau sukan lasak berpeluang menikmati harga barangan istimewa sempena kerjasama Universal Fitness and Leisure Sdn Bhd (UFL) dan Corezone secara rasminya pada Rabu.

Pengarah Urusan UFL Datuk Radha Krishnan berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan kerjasama ini kerana Corezone mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Corezone sangat fokus dan professional. Mereka tahu apa yang pelanggan mahu. Dan kita anggap ini merupakan premier akaun untuk UFL.

“Mungkin lokasi atau butik bukan di pusat membeli-belah seperti di tempat lain, tetapi saya yakin akan ada pelanggan dan peminat sukan lasak datang ke sini.

“Kita bukan mencari pelanggan yang hanya sekadar lalu, dan lihat barang-barang dalam kedai ini, tetapi mereka ke sini kerana serius untuk mencari pelbagai barangan untuk aktiviti mereka,” ujarnya ketika ditemui mStar Online.

Menurut Radha, UFL yakin sukan lasak ini semakin mendapat perhatian di Malaysia, lebih-lebih lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Kedai seperti ini akan menjadi tumpuan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 kerana ia juga memfokuskan eco-adventure.

“Kita memfokuskan pasaran dan kerana yakin negara kita mempunyai pelbagai infrastruktur terbaik di Asean. Cuma kurang promosi.

“Tetapi ia akan berubah menjelang 2020,” tambahnya.

Jelas Radha sempena pembukaan butik Carezone ini, pihaknya memberi diskaun sehingga 20 peratus terhadap barangan di bawah UFL seperti Suunto, Lifestraw serta Igloo.

Manakala pelbagai produk lain yang juga terdapat di Corezone ini termasuk Millet, Lafuma, Ieder, Original Buff, Sea To Summit dan lain-lain.   

Tags / Kata Kunci: UFL , Corezone
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan