Ujian Saringan Doping Atlet Komanwel - Sukan Ekstra | mStar

Ujian Saringan Doping Atlet Komanwel

Diterbitkan: Khamis, 25 Januari 2018 9:37 AM

Ying How beramah mesra bersama para atlet pasukan gimnastik artistik negara pada sesi lawatan CDM ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018 ke sesi latihan dan persiapan para atlet negara di Majlis Sukan Negara pada Rabu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet negara yang bakal  menggalas cabaran negara di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, tidak terlepas daripada menjalani saringan doping menjelang dan semasa termasya sukan itu berlangsung dari 4 hingga 15 April ini.

Ketua kontingen negara ke Sukan Komanwel, Huang Ying How berkata ujian ke atas alet berkenaan adalah penting bagi memastikan mereka bersih daripada penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

“Kebanyakan atlet perlu diberi pendidikan mengenai perkara ini kerana  semua atlet tidak mahu terperangkap dengan isu doping,” katanya pemberita selepas melawat sesi latihan skuad gimrama, gimnastik dan ping pong di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Rabu.

Malaysia akan menyertai 11 daripada 25 jenis sukan yang dipertandingan dengan saiz kontingen seramai 175 atlet iaitu 99 atlet lelaki dan 76 wanita.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan Komanwel
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan