S Kumar Bersara Jika Sah Doping - Sukan Ekstra | mStar

S Kumar Bersara Jika Sah Doping

Diterbitkan: Jumaat, 29 Disember 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol hoki kebangsaan, S Kumar berkemungkinan bersara jika keputusan doping tidak berpihak padanya.

Memetik twitter KamiTeamMalaysia, segala-galanya bergantung kepada keputusan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang dijangka diumum Januari tahun hadapan.

Jika sah bersalah terhadap isu doping, penjaga gol yang terkenal dengan jolokan Buffon Malaysia itu akan digantung selama dua tahun.

Ia merupakan satu tempoh yang panjang bagi penjaga hoki berusia 38 tahun itu.

Terdahulu, Konderasi Hoki Malaysia (KHM) dikejutkan dengan berita S Kumar didapati positif ujian doping sewaktu Kejohanan Hoki Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu.

Perkara mengejutkan itu diumumkan Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal pada satu sidang media khas yang turut dihadiri Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.

Menurut Subahan, S Kumar dikesan positif ujian doping ketika aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia ketika bertemu Oman pada 16 Oktober lalu.

Kumar dikesan menggunakan bahan terlarang Sibutramine dalam ujian sampel air kencing yang dilakukan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Oleh itu, Subahan berkata buat masa ini, Kumar akan digantung sementara daripada terbabit dengan sebarang aktiviti hoki selama dua tahun. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: S Kumar , doping
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan