Pemain Negeri Sembilan Bakal Terima RM100,000 - Sukan Ekstra | mStar

Pemain Negeri Sembilan Bakal Terima RM100,000

Diterbitkan: Selasa, 26 Disember 2017 2:46 PM

Tahun lalu, juara Negeri Sembilan menerima hadiah kereta Toyota Vios.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pemain Negeri Sembilan akan menerima durian runtuh RM100,000 setiap seorang setelah muncul juara kategori lelaki Kejohanan Bola Keranjang Piala Agong2017 di Gem In Mall, Cyberjaya pada Isnin.

Pengurus pasukan Richard Lim Chew Heng berkata insentif itu adalah daripada penaja pasukan Matrix Concepts Holdings Bhd, sebagai tanda penghargaan atas kejayaan melakar sejarah muncul juara dua tahun berturut-turut kejohanan berprestij itu.

"Semoga insentif itu akan menyemarakkan lagi motivasi dan terus membakar semangat pemain serta pasukan untuk terus memberi yang terbaik dalam arena sukan bola keranjang di negara ini.

"Pada tahun lepas, setiap pemain menerima sebuah kereta Toyota Vios, juga sumbangan daripada penaja pasukan (Matrix Concepts Holdings Bhd)," katanya kepada Bernamadi sini, Selasa.

Pada perlawanan akhiritu, Negeri Sembilan yang dibarisi enam pemain kebangsaan menafikan cabaran sengit Melaka78-64.

Pada separuh akhir, Negeri Sembilan yang dibimbing jurulatih Brian Lester dari Australia mengatasi Sarawak 72-51, manakala Melaka pula menewaskan PolisDiraja Malaysia (PDRM) 106-74.

Menerusi kemenangan itu, selain Piala Agong Negeri Sembilan turut membawa pulang hadiah wang tunai wangRM18,000.

Mengenai perancangan selanjutnya, Richard berkata pasukannya akan mengambil bahagian pada liga bola keranjang antarabangsa di Thailand pada Januari hingga Mac 2018.

“Selain itu, kita akan meneruskan latihan dan menyertai pertandingan tempatan dan luar negara bagi memastikan prestasi pemain dan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Kita mempunyai ramai pemain muda yang tampak lebih bertenaga dan berbakat untuk diketengahkan. Negeri Sembilan tidak pernah ketandusan bakat muda, kita percaya kepada bakat muda ini dan bergantung kepada jurulatih untukmem bentuk mereka," katanya.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bola Keranjang , Negeri Sembilan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan