Peserta Malaysia Ungguli Educity Sundown

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Mohamad Izam Shah Zainal Abidin merangkul gelaran juara lelaki acara maraton 'Educity Sundown' yang berlangsung minggu lalu.

Mohamad Izam mencatatkan masa terpantas tiga jam 23 minit dalam acara penuh menewaskan peserta dari Britain Henry De Renzy-Martin dan Christopher Timms.

Kejayaan itu turut dikecapi dua peserta tempatan, Esther Yong Keow Lee dengan masa empat jam 20 minit dan kedua, Tan Hong Wee sementara Aileen Ho dari Singapura ketiga.

Pengarah Program, Mohd Bukhari Ismail berkata, edisi larian ini diberi tema 'Sleep Can Wait', sambil menambah lebih 4,000 orang mengunjungi Race Village (Perkampungan Larian) tahun ini.

"Sudah tentu kami teruja dengan jumlah kehadiran yang besar tahun ini.

"Ia menunjukkan larian waktu malam adalah pilihan utama untuk komuniti maraton serta mereka yang ingin memulakan gaya hidup sihat dengan cara berlari," jelasnya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Adib Azhari; Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan EduCity, Joanne Oei Wen Li dan Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Johor, Mohd Noorazam Osman.

Larian menyaksikan Johor menjadi tuan rumah kepada peserta antarabangsa dari Australia, Amerika Syarikat, Great Britain, Nepal, Indonesia, Singapura, China, Perancis, India, Iran, Jepun, Macau, Belanda, Filipina dan Afrika Selatan. 

Empat kategori disediakan bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 tunai.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan