Pandelela Ikon Sukan Yakult 2017

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejayaan konsisten Pandelela Rinong melayakkan dia dianugerahkan sebagai Ikon Sukan Yakult 2017.

Pendelela yang menguasai kolam renang dalam aksi terjunnya pada Sukan SEA (KL2017) Ogos lalu turut mempamerkan terjunan cemerlang di Australia baru-baru ini.

Anugerah yang di berikan kepada penerjun sensasi negara  tersebut merupakan satu inisiatif yang di jalankan oleh pihak Yakult Malaysia dalam menyokong kecemerlangan sukan negara.

Pandelela menerima sekeping sijil, sejambak bunga serta tajaan Yakult selama 6 bulan.

Mengulas mengenai pemberian anugerah tersebut, Yakult Malaysia melalui Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, pemilihan Pandelela Rinong sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Yakult 2017 adalah berdasarkan aksi cemerlang beliau yang konsisten dalam semua pertandingan yang di sertai selain mempunyai jati diri yang mantap.

Perkara ini merupakan nilai yang sangat berharga dalam diri seseorang atlet yang berjaya selaras dengan falsafah Yakult yang mementingkan kesihatan sebagai asas kepada kebahagian seseorang.

Selain itu, ianya juga sebagai tanda sokongan Yakult Malaysia ke arah pembangunan sukan Negara.

“Minuman Yakult terbukti sebagai minuman yang baik untuk meningkatkan tahap imunisasi dalam badan khususnya kepada mereka yang kerap bersukan sebagaimana kajian yang di buat oleh beberapa universiti terkemuka.

"Pemilihan Pandelela Rinong sebagai Ikon Sukan Yakult adalah bertepatan dengan matlamat kami yang ingin menyokong pembangunan sukan negara," ujarnya.

Pemberian Anugerah Ikon Sukan Yakult ini bukanlah yang pertama bagi Yakult Malaysia dalam pembangunan sukan negara.Ianya merupakan satu usaha yang berterusan Yakult Malaysia dalam bersama-sama membangunkan kecemerlangan sukan negara ini.

Terdahulu, Yakult telah menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior bagi saingan musim ini menjadi minuman rasmi probiotik bagi Institut Sukan Negara (ISN) yang melibatkan penajaan sebanyak 100,000 botol Yakult Ace Light setahun kepada atlet negara serta memberi anugerah yang sama kepada penyerang Bawah 23 Tahun negara,  N. Thanabalan.

Tags / Kata Kunci: Yakult , N.Thanabalan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan