Ironman Malaysia: Croneborg, Riesler Bakal Pertahan Gelaran

Diterbitkan: Jumaat, 10 November 2017 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edisi kelima Ironman Malaysia bakal menyaksikan kelibat atlet-atlet triatlon terbaik dunia Sabtu ini.

Juara bertahan tahun lalu, Fredrik Croneborg Malaysia yang mencatat lapan jam 29 minit dan 12 saat kembali ke Langkawi dengan sasaran memenangi sekali lagi trofi perlumbaan tahun ini.

Atlet triathlon berusia 36 tahun dari Sweden ini berkongsi keterujaannya untuk bersaing edisi tahun ini.

“Saya telah menyertai bermacam-macam perlumbaan di seluruh dunia tetapi Ironman Malaysia tetap merupakan perlumbaan kegemaran saya.

"Perlumbaan di sini istimewa kerana disinilah saya menjuarai perlumbaan Ironman pertama saya. Langkawi adalah destinasi percutian yang sangat indah dan saya akan sentiasa ke sini walaupun selepas karier perlumbaan saya berakhir.

"Berlumba sebagai penyandang kejuaraan, saya tidak dapat memperbaiki kedudukan tetapi saya sangat bersedia tahun ini. Saya berharap dapat memperbaiki catatan masa saya berbanding tahun lalu serta mempertahankan kejuaraaan saya," jelasnya.

Sementara itu, juara kategori wanita, Diana Riesler dari Jerman bakal menjadi tumpuan sebagai peserta pertama melintasi garisan penamat di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa berdasarkan reputasinya selaku juara 3 edisi berturut-turut pada 2014, 2015 dan 2016.

Diana Riesler

“Ironman Langkawi pada tahun 2008 adalah perlumbaan pertama saya dalam siri ini dan ketika itu saya masih amatur dan saya berjanji untuk kembali berlumba di sini sebagai atlet profesional.

"Pada tahun 2014, saya kembali ke Langkawi sebagai atlet profesional dan berjaya memenangi perlumbaan Ironman pertama saya.

"Iklim tropika Langkawi dan sambutan masyarakat setempat membuatkan ia cukup istimewa. Saya tidak sabar untuk kembali berlumba di Langkawi dan memenangi sekali lagi kejuaraan pada 11 November ini”.

Selain itu, Pengarah Urusan Ironman Geoff Meyer Bahagian Asia berkata, pihaknya sangat gembira dengan kehadiran dua penyandang juara, Croneborg dan  Riesler di Langkawi tahun ini.

"Mereka adalah atlet triathlon hebat yang sentiasa menjadi inspirasi kepada semua peserta yang akan berlumba pada 11 November ini.

"Sambutan hangat dari komuniti Ironman membuktikan Langkawi adalah salah satu destinasi pilihan untuk para pelumba dan kami tidak sabar untuk menyaksikan satu lagi perlumbaan hebat tahun ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ironman langkawi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan