Positif Doping, Hafifi Harap Bantuan PABM

Diterbitkan: Khamis, 9 November 2017 8:31 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Atlet  Olimpik negara, Mohd Hafifi Mansor berharap Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dapat membantunya membuat rayuan kepada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) bagi mengurangkan tempoh penggantungan sendainya keputusan ujian doping  bagi sampel B turut positif.

Alet kelahiranTerengganu itu, yang pulang dari Sydney, Australia, selepas melihat proses ujian sampel B, berkata keputusan  dijangka diketahui selewat-lewatnya minggu depan dan beliau bersedia menerima keputusan ujian tersebut dengan hati terbuka.

Mohd Hafifi digantung sementara oleh IWF bermula 13 Oktober lalu selepas dilaporkan gagal dalam ujian doping ketika menyertai Kejohanan Terbuka Australia, Mac lepas.Badan induk itu menerusi laman sesawangnya;www.iwf.net menyatakan penggantungan itu dibuat selepas dapatan analisis memudaratkan (AAF) sampel urin yang dikembalikan atlet itu mengandungi Oxymetholone, bahan steroid sintetik anabolik dan androgenik.

“Saya tahu peluang saya tipis tapi saya berharap PABM dapat membantu memandangkan saya telah banyak membantu mengharumkan nama negara,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

“Saya akui agak tertekan dengan masalah ini tapi saya perlu menghadapi semua ini...mungkin ada orang hendak sabotaj saya, itu Hafifi tak tahu,” katanya.

Berdasarkan peraturan Agensi Antidoping Dunia (Wada), seseorang atlet yang didapati positif mengambil bahan terlarang berdepan hukuman penggantungan selama empat tahun daripada menyertai sebarang kejohanan oleh sesebuah badan induk sukan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Hafifi berkata keputusan penggantungan sementara terhadap beliau hanya diketahui bulan lepas kerana mendakwa Wada lambat memaklumkan keputusan ujian sampel A yang dijalankan pihak penganjur kepada IWF, Mac lepas.

Pemenang pingat emas temasya Sukan Komanwel 2014 Glasgow itu berkata beliau berpuas hati dengan proses ujian sampel B dijalankan awal minggu in di Sydney.

Mohd Hafifi tampil pada Sukan Olimpik Rio 2016 dengan meleburkan rekod kebangsaan dalam acara 69kg dengan mengangkat bebanan berjumlah 316kg berbanding rekod lama 313kg yang dilakukan pada Kejohanan Dunia di Perancis pada 2011.

Dia digugurkan daripada beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas, susulan kecederaan paha kiri dialaminya ketika menjalani latihan di China, Julai lepas.Beliau merupakan sasaran negara untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohd Hafifi , Angkat Berat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan