KBS Pertingkat Ujian Doping Atlet

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) mempertingkatkan ujian doping secara 'smart testing' bagi mencegah atlet terlibat dalam penggunaan bahan terlarang atau dadah.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata mekanisme smart testing dilaksana menerusi program 'Podium' di bawah Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan memberi fokus kepada kategori sukan yang berisiko tinggi dalam penggunaan bahan terlarang.

Smart testing ini merangkumi ujian air kencing, ujian darah, Athlete Biological Passport dan profil steroid. Atlet-atlet ini akan diuji sekurang-kurangnya enam kali setahun dan diwajibkan memberi maklumat keberadaan kepada Adamas untuk proses pemantauan berterusan.

“Adamas menerusi kerjasama dengan ISN dan MSN juga akan memperbanyakkan program kesedaran kepada atlet dan jurulatih untuk meningkatkan keawasan tentang maklumat terkini mengenai doping, dengan memperkenalkan program pembelajaran online E-Learning yang dinamakan ALPHA (Athlete Learning Program About Health  and  Anti Doping)," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin tahu mekanisme yang dirancang pihak kementerian bagi menangani masalah doping dalam kalangan atlet negara. - Bernama

Tags / Kata Kunci: doping , KBS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan