Hoki Piala Asia: Malaysia Bangkit Tewaskan Pakistan

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 8:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memiliki peluang cerah untuk mara ke pentas akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 apabila menewaskan Pakistan 3-2 dalam perlawanan peringkat ‘Super Four', di Dhaka, Bangladesh pada Rabu.

Pada perlawanan yang berlangsung sengit dan tegang itu, Pakistan terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit pertama perlawanan menerusi Umar Bhutta.

Namun, skuad negara di bawah bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Razie Rahim pada minit ke-10.

Pasukan yang berada di ranking ke-14 dunia itu, sekali lagi berada di hadapan selepas Muhammad Yaqoob menewaskan penjaga gawang negara, S. Kumar pada minit ke-19 sebelum Shahril Saabah menyamakan kedudukan pada minit ke-25.

Skuad ‘Malaysian Tiger' yang berada di ranking ke-12 dunia, kemudian dihadiahkan pukulan penalti ekoran tindakan penjaga gol Pakistan, Mazhar Abbas mengasari Haziq Samsul.

Fitri Saari yang kembali ke Dhaka semalam, selepas pulang ke tanah air ekoran anaknya dirawat di Hospital Selayang, mengesahkan kemenangan skuad negara selepas menyempurnakan pukulan itu pada minit ke-34.

Malaysia akan berdepan India yang kini berada di ranking keenam dunia, pada perlawanan pada Khamis.

Pada satu lagi perlawanan peringkat ‘Super Four' pada Rabu,  Korea Selatan mengikat India 1-1.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Hoki , Piala Asia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan