HSN: Ziyad Saran Sukan Sebagai Rutin Harian - Sukan Ekstra | mStar

HSN: Ziyad Saran Sukan Sebagai Rutin Harian

Diterbitkan: Sabtu, 14 Oktober 2017 4:20 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. Turut hadir bersama Khairy Jamaluddin (dua, kiri) dan atlet negara.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli mengajak orang ramai menjadikan amalan bersukan sebagai rutin harian untuk meningkat tahap kesihatan.

Dia berkata antara perkara yang boleh dilakukan ia dengan bangun tidur awal.

“Sebagai atlet memang kami bangun awal pagi dan menjalani latihan sehingga 11 pagi. Ia merupakan rutin harian kami. Saya syorkan orang ramai agar bangun awal pagi untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

“Ia bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri, tetapi minda kita akan lebih cergas dan dapat menjalankan rutin harian dengan lebih lancar,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Atlet terjun Cheong Jun Hoong berharap orang ramai meneruskan aktiviti sukan bagi memastikan kesihatan diri mereka terjaga.Ramai atlet negara menyertai HSN yang mengadakan aktiviti antaranya berbasikal, larian, bola jaring, bola keranjang, futsal, sukan tradisi dan aktiviti kecergasan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengambil bahagian dengan melakukan acara kayuhan basikal ‘30 Kilometer Fit Malaysia'. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Hari Sukan Negara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan