SWF2017 Kumpul 1,469 Peserta

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 1,469 peserta mewakili 13 kontinjen terbabit dalam Sukan Warga Felda 2017 (SWF2017) yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis.

Sebelas kontinjen yang mewakili Wilayah Felda dari seluruh negara serta dua kontinjen jemputan iaitu Ibu Pejabat Felda dan Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) akan bersaing dalam 13 jenis sukan yang berlangsung di Kampus Utama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.

Acara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak sembilan sebelah, bola tampar, sepak takraw berpasukan, badminton berpasukan, bola jaring, tinju, futsal , petanque berpasukan, ping pong dan tenpin boling.

Majlis perasmian kejohanan disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron  yang turut meraikan 31 atlet dalam kalangan generasi baru Felda yang beraksi di Sukan SEA dan Para Asean 2017.

Mereka mengharumkan nama negara apabila meraih 11 emas, tujuh perak dan tujuh gangsa di Sukan SEA selain dua emas pada Sukan Para Asean.

Tambah kenyataan itu, penganjuran SWF2017 diharapkan mampu menyemarakkan semangat muafakat dalam kalangan warga Felda.

Pada edisi 2016, kontinjen Ibu Pejabat Felda muncul juara keseluruhan.

Tags / Kata Kunci: SWF , 2017

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan