Hoki: Gabungan Pemain Lama, Baharu Pada SOJC

Diterbitkan: Jumaat, 6 Oktober 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan pemain berpengalaman dan baharu akan memantapkan pasukan hoki lelaki negara menghadapi Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC)  di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, bermula 22 hingga 29 Oktober ini.

Jurulatih pasukan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin (gambar) berkata, barisan pemain berkenaan mampu memberikan tentangan sengit kepada pasukan lawan yang terdiri daripada Great Britain, India, Amerika Syarikat, Jepun dan juara bertahan Australia pada kejohanan edisi ketujuh itu.

“Kami  menggabungkan pemain berpengalaman dan muda yang baru pertama kali turun  beraksi di SOJC. Saya percaya pasukan ini adalah barisan pemain yang terbaik pada masa depan.

“Kejohanan SOJC bukan medan untuk mencuba pemain kerana mereka adalah skuad utama. Pemain muda yang terpilih pula sangat berpengalaman,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Jumaat.

Beliau berkata lapan daripada 20 pemain yang akan menjalani latihan fasa akhir pada 15 hingga 20 Oktober depan, mempunyai pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

Mereka termasuk Muhammad Zaimi Mat Deris, Mohammad Firdaus Omar, Luqman Nul Haqim Ahmad Shukran, Nor Syafiq Sumantri dan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi.

Nor Saiful berkata sifat kepimpinan dan kematangan pemain berpengalaman itu diharap dapat menjadi contoh terbaik kepada rakan sepasukan.

“Setakat ini skuad ke SOJC merupakan skuad terbaik...mereka sangat berdisiplin, perkara paling mustahak saya mahu kesemua pemain cepat untuk menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan dalam pasukan,” katanya.

Malaysia muncul juara pada 2011 ketika pertama kali kejohanan itu dipertandingkan.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Hoki , SOJC

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan