Rogol Atlet: Jurulatih Digantung Tugas

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 4:14 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurulatih pasukan akuatik negara yang ditahan pada Selasa selepas dipercayai merogol seorang atlet akan digantung tugas sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, selain siasatan polis, beliau turut mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Renang Amatur Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menjalankan siasatan dalaman ke atas jurulatih tersebut.

"Saya sedih dan kesal atas kejadian ini dan berharap siasatan yang adil dapat dilaksanakan. Saya juga meminta semua pihak menghormati privasi mangsa dan juga semua atlet-atlet terjun negara.

"Semua atlet-atlet sukan terjun juga akan diberi bantuan sesi kaunseling oleh pakar yang akan dikenalpasti dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Pada masa sama, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya telah mengarahkan semua agensi di bawah kementerian iniuntuk memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis untuk memastikan siasatanberjalan dengan lancar," katanya.

Tambah Khairy, sebagai langkah penambahbaikan jangka panjang, sebuah pasukan petugas akan ditubuhkan untuk mengkaji isu gangguan seksual dan psikologi atlet dalam program sukan berprestasi tinggi negara.

Beliau berkata pasukan itu akan diketuai bekas Chef de Mission Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2017 yang juga Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara, Datuk Marina Chin.

"Saya juga akan mengkaji semua aspek isu tersebut dan tindakan jangka pendek dan panjang termasuk garis panduan dalam menangani aduan, dasar pemberi maklumat, kebajikan atlet dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan isu ini," katanya.

Jelas Khairy, pasukan itu akan mengemukakan laporan dan syor-syor terus kepada beliau.

Suspek berusia 35 tahun, berasal dari China dan kini berstatus penduduk tetap (PR), ditahan di Kompleks MSN oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Dia ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.

Tags / Kata Kunci: rogol , Khairy Jamaluddin , atlet renang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan