Azizulhasni Lelong Sarung Tangan Rio2016

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 9:03 PM

Azizulhasni mengucapkan takziah kepada Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod (kiri) ketika hadir bagi melawat pusat tahfiz tersebut pada Rabu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang telah melelong sarung tangan yang digunakan semasa Sukan Olimpik Rio 2016 dengan harga RM5,000 untuk sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar di Jalan Keramat Ujung, di sini, pada 14 Sept lepas.

Beliau yang pulang sehari dari Melbourne, Australia, hari ini meluangkan masa untuk melawat pusat tersebut untuk menyampaikan sumbangan dan juga hasil daripada lelongan amal yang diadakan di akaun Instagram beliau, empat hari lepas.

Katanya, sumbangan tersebut diharap dapat membantu menampung keperluan pusat tahfiz berkenaan.

Azizulhasni ketika sedang menjalani latihan Sukan Sea 2017 yang lalu.

“Hasil daripada lelongan dengan pembida tertinggi dengan RM5,000 dan juga ditambah dengan sumbangan beberapa individu, kita sedekahkan kepada pusat tahfiz ini.

“Saya harap dengan bantuan kecil ini dapat meringankan pusat tahfiz dan anak-anak tahfiz ini,” katanya, yang turut mengikuti perkembangan tragedi kebakaran pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 murid serta dua warden pusat berkenaan.

Azizulhasni melelong sepasang sarung tangan basikal 5Bling edisi Rio2016 yang digunakan semasa meraih pingat gangsa acara keirin pada temasya Sukan Olimpik di Rio tahun lepas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Azizulhasni , Darul Quran Ittifaqiyah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan