Ziyad Tepati Ramalan Emas

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seperti diduga, atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mudah meraih emas pada temasya Sukan Para Asean (APG) di Stadium National Bukit Jalil, Khamis.

Ziyad yang beraksi dalam kategori F20 (masalah pembelajaran) merakam lontaran sejauh 16.81 meter pada cubaan terakhir (keenam), sekaligus memecah rekod yang dicatat dua tahun lalu di Singapura (15.51m).

Atlet kelahiran Selangor ini merupakan juara dunia dengan rekod terbaik dengan lontara 17.29m yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, Julai lalu.

"Selepas saingan Sukan SEA (KL2017) bulan lalu, saya sedikit memperlahankan sesi latihan.

"Dan keputusan 16.81 meter ini amat mengejutkan.

"Memang saya sasarkan bawah 16 sahaja, namun ia jauh lebih baik.

"Selepas ini saya akan meletakkan sasaran 16 meter ke atas dan 18 meter untuk tahun depan.

"Terima kasih kepada keluarga, jurulatih dan penyokong-penyokong negara," ujarnya selepas pertandingan.

Lebih manis, pingat perak APG kali ini turut diraih atlet negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi yang mencatat 12.79m pada lontaran pertama.

Manakala pingat gangsa dijulang atlet Thailand Sanepoot Boonkong 11.99 meter.

Tags / Kata Kunci: Ziyad , Sukan Para Asean

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan