Skuad Lebuh Raya Bolot Enam Emas

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Skuad berbasikal lebuh raya para negara meraih enam daripada tujuh pingat emas yang dipertandingkan pada hari terakhir acara berbasikal lebuh raya Sukan Para Asean Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Dengan tambahan enam pingat emas hari ini, kem berbasikal lebuh raya meraih 10 pingat emas daripada 14 yang ditawarkan untuk acara itu.

Enam kategori yang menyumbang emas acara lebuh raya lepas beramai-ramai hari ini adalah kategori (C4, (C5), (H1-H5), (C1,C2, C3) dan (B) lelaki manakala satu disumbangkan menerusi kategori (B) wanita.

Penyumbang pingat emas negara terdiri daripada Mohd Najib Turano (C4), Zuhairie Ahmad Tarmizi (C5), Lim Tao Keong  (H1-H5), Mohamad Syazwan Roshdi (C1, C2, C3), Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (B) wanita dan Aiman Asyraff Ahmad Bajuri (B) lelaki.

Secara keseluruhan skuad berbasikal meraih 22 daripada keseluruhan 26 pingat emas yang dipertandingkan dalam acara berbasikal trek dan lebuh raya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Para Asean

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan