Gunung Jerai Laluan Baharu JM2017

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 9:06 PM

Mohd Nazifuddin (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif JM2017 Noraidiazhar Sulaiman bergambar ketika sidang media JM2017 pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edisi ke-53 perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) ) yang akan diadakan dari 3 hingga 7 Oktober ini bakal memperkenalkan zon pendakian baharu berstatus hors di Gunung Jerai, Kedah.

Gunung Jerai setinggi 1,217 meter bakal menjadi ujian getir buat pelumba pendakian di peringkat keempat yang bermula di Kulim dan berakhir di puncak gunung berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur JM2017, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata laluan baharu itu adalah paling mencabar untuk pelumba daripada 20 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan pada tahun ini.

Pada perlumbaan lima peringkat itu, selain Gunung Jerai, dua lagi destinasi baharu diperkenalkan iaitu Hutan Melintang dan Kuala Kurau, kedua-dua di Perak, katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Menurutnya, JM2017 melibatkan jarak keseluruhan 679.9km  membabitkan tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah.

Katanya, pendatang baharu, Oliver's Real Food dari Australia adalah antara 10 pasukan benua yang akan berentap bersama-sama dengan dua pasukan kebangsaan iaitu tuan rumah, Malaysia dan Brunei.

Selain Oliver's, pasukan benua lain ialah juara bertahan, Pishgaman Cycling Team (Iran), Aisan Racing Team (Jepun), Thailand Continental, 7Eleven (Filipina), KFC (Indonesia), KSPO (Korea Selatan), Infinite Ais (Singapura), Terengganu Cycling Team (TSG) serta Team Sapura dari Malaysia.

Sementara, lapan pasukan negeri atau kelab adalah Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan CCN Cycling Team.

Dalam pada itu, Mohd Nazifuddin memberi jaminan perlumbaan yang melibatkan kos keseluruhan RM4.5 juta itu tidak akan dihantui masalah kewangan seperti penganjuran terdahulu yang diuruskan pihak lain.

Perlumbaan berstatus 2.2 dalam kalendar Jelajah Asia yang kini di bawah pengurusan baharu, LifeProFit Sdn Bhd melibatkan lima peringkat meibatkan laluan dari Shah Alam dan berakhir di Alor Setar.

Laluan Jelajah Malaysia 2017:

Peringkat pertama: Shah Alam ke Hutan Melintang 

Peringkat kedua: Lumut ke Kuala Kurau 

Peringkat ketiga: Kuala Kangsar ke Kulim 

Peringkat keempat: Kulim ke Gunung Jerai 

Peringkat kelima: Alor Setar - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: JM2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan