Maraton Malaysia Dibatal Kerana Penganjur - Nazri

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 7:22 PM

Gambar hiasan maraton.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Maraton Malaysia 2017 terpaksa dibatalkan berikutan kegagalan penganjur mencapai sasaran mendaftarkan sekurang-kurangnya 5,000 peserta dari China, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan China melantik Wisdom Sports Group dan sekutunya dari Malaysia, Wisdom Sports (M) Sdn Bhd, sebagai penganjur Maraton Malaysia 2017, yang sebelum ini dikenali sebagai  ‘One Belt One Road Marathon'.

Menurutnya, memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Beijing, China Mei lepas, menyebut bahawa penganjur perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 5,000 peserta dari China untuk mengambil bahagian dalam acara itu.

“Bagaimanapun, Wisdom Sports Group dari China gagal memenuhi syarat itu. Apabila mereka tidak dapat mencapai jumlah tersebut, Wisdom Sports (M) Sdn Bhd berpendapat adalah lebih baik acara itu dibatalkan,” katanya pada sidang akhbar pada Khamis.

Pada Isnin, Wisdom Sports (M) Sdn Bhd menyiarkan dalam laman sesawang dan Facebooknya kenyataan bahawa maraton yang dijadual berlangsung pada 1 Oktober di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu dibatalkan kerana “keadaan di luar jangkaan yang boleh menjejaskan keseluruhan kualiti acara berkenaan”.

Dalam kenyataan itu, syarikat berkenaan juga berkata pihaknya akan mengembalikan yuran yang dibayar peserta dalam masa 30 hari berhubung pembatalan itu.

Syarikat itu meminta mereka yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara itu supaya menghantar e-mel kepada pihaknya sekiranya mereka tidak menerima bayaran balik pada 15 Oktober.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Maraton Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan