Mayweather Menang TKO Ke Atas McGregor

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 1:28 PM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PETINJU Amerika Syarikat, Floyd Mayweather Jr, mempertahankan status tidak pernah tewasnya selepas menang 'technical knockout' (TKO) ke atas Conor McGregor dalam pertarungan di T-Mobile Arena, Las Vegas, pagi Ahad.

Pertandingan ini menyaksikan Mayweather selaku juara tinju dunia, berdepan McGregor yang merupakan jaguh petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Peraturan tinju digunakan dalam pertembungan ini, membuatkan McGregor kurang unggul dan memberi kelebihan buat Mayweather.

Pertandingan ini dianggap paling besar dan bersejarah selepas pertembungan dua juara tinju, Mayweather dan Manny Pacquiao dari Filipina bertarung pada Mei 2015 yang mana kemenangan memihak kepada Mayweather.

Pada September 2015, Mayweather menggumumkan persaraan dari dunia tinju atas alasan faktor usia dan tiada lagi pencabar berwibawa.

Memegang rekod 49 kemenangan dan tidak pernah tewas, Mayweather dianggap antara petinju terhebat sepanjang zaman.

Disebabkan dunia tinju dilihat kehabisan pencabar berwibawa, tahun ini Mayweather bersetuju kembali ke gelanggang untuk berdepan dengan jaguh MMA, McGregor.

Dalam perlawanan ini, McGregor memulakan pusingan pertama dengan agresif dan melancarkan serangan demi serangan ke arah Mayweather yang hanya bertahan.

Bagaimanapun selepas itu, McGregor dilihat mulai menjarakkan dirinya dengan Mayweather menggunakan tangan kanan.

Pada pusingan seterusnya, McGregor terus menjarakkan dirinya dengan Mayweather sambil sesekali melancarkan pukulan.

Dia juga diberikan beberapa amaran oleh pengadil kerana terlalu mengikut naluri MMAnya.

Pada pusingan keempat, pergerakan McGregor mula perlahan dan dilihat kehabisan tenaga. Pada pusingan ini juga Mayweather berjaya menyerang badan lawannya.

Pusingan kelima, pengadil beberapa kali harus campur tangan untuk memisahkan kedua-dua petarung.

Mayweather bagaimanapun berjaya melancarkan sejumlah pukulan ke arah McGregor di pusingan ketujuh. McGregor pula masih bertinju ala MMA ketika membuat pukulan ke tengkuk Mayweather.

Dalam satu adegan di pusingan kesembilan, McGregor sempat melancarkan pukulan ke arah muka Mayweather.

Pusingan kesepuluh menyaksikan McGregor yang lemah tetapi  tetap mampu berdiri ketika diserang oleh Mayweather.

Mayweather diumumkan menang TKO setelah terus mengasak McGregor. Pengadil menilai McGregor tidak mampu lagi meneruskan pertandingan.

Istilah TKO digunakan dalam tinju profesional ketika seorang petinju cedera atau mengalami perdarahan serius akibat pukulan lawan.

Pengadil boleh menghentikan pertandingan dan mengumumkan seorang petinju kalah TKO, jika dia menganggap pertandingan tidak seimbang demi keselamatan petinju.

Tags / Kata Kunci: Mayweather , McGregor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan