Lagu Tema KL2017 Dilancar, Kehangatan Sukan SEA Semakin Membara

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 6:11 PM

Pelancaran lagu tema KL2017. Foto twitter @KL2017

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelancaran lagu Bangkit Bersama pada Selasa melengkapkan tiga lagu tema yang dicipta sempena KL2017.

Sebelum ini lagu 'Tunjuk Belang' nyanyian monoloque Azlan dan Malique manakala lagu ' So Many Hands' oleh Mia Palencia telah mula berkumandang bagi iklan rasmi KL2017.

Namun istimewanya lagu ketiga ini 'Bangkit Bersama' digunakan sebagai lagu utama bagi temasya yang bakal membuka tirainya pada 19-30 Ogos ini.

"Ini merupakan kali pertama kami mengambil langkah untuk melibatkan orang ramai dalam penciptaan lagu tema bagi temasya sukan yang besar.

"Saya amat gembira melihat sokongan masyarakat terhadap sumbangan idea dan cerita yang dihantar dan hari ini saya persembahkan lagu yang ditulis dan dimiliki oleh semua para peminat.

"Nyanyikanlah dengan penuh rasa bangga agar semangat tersebut dapat dijelmakan untuk dikongsi bersama atlet," jelas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada majlis pelancaran Lagu Tema pada Selasa.

Bangkit Bersama dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah hasil gubahan komposer Datuk Ramli MS.

Dalam pada itu Khairy mengalu-alukan kehadiran Pavillion sebagai rakan penaja baharu dalam keluarga KL2017.

Pavillion turut menampilkan satu gimik terswndiri dengan pelancaran pameran seribu patung maskot rasmi temasya iaitu Rimau.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut Ketua Eksekutif Sekretariat Masoc, Datuk Seri Zolkples Embong, Ketua Eksekutif Pavillion Retail Group Datuk Joyce Yap serta Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Datuk Low Beng Choo

Tags / Kata Kunci: KL2017 , SukanSEA , Bangkit Bersama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan