ISN Perkasa Aspek Sains Sukan

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 8:31 PM

Abdul Azim Mohd Zabidi menyaksikan majlis pertukaran dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara ISN diwakili Ketua Dr Mohd Khari Zawi dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Consultancy and Training Sdn Bhd diwakili Ketua Projek Talent Compass Software, Profesor Dr Zahari Taha (kanan) pada majlis menandatangani memorandum dan kontrak antara ISN dengan Yakult Malaysia, Universiti Monash dan UMP Consultancy and Training Sdn Bhd pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Institut Sukan Negara (ISN) terus mengorak langkah ke hadapan dalam usaha memperkasa aspek sains sukan dengan memeterai beberapa perjanjian dengan pelbagai pihak. 

Antaranya menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan sebuah syarikat perundingan, UMP Consultancy  and Training Sdn Bhd, syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP).

"Tujuan utama kerjasama tersebut adalah untuk membangunkan satu perisian pintar yang dikenali 'ISN Sports Talent Compass' yang mampu merekod dan menyimpan sehingga 500,00 maklumat berkaitan atlet," kata ketua pegawai eksekutif (CEO) ISN, Dr Mohd Khairi Zawi selepas majlis berkenaan.

Khairi menandatangani MoA itu bagi pihak ISN manakala UMP Consultancy and Training Sdn Bhd diwakili Ketua Projek Talent Compass Software Dr Zahari Taha.

Khairi berkata perisian itu sekali gus akan membantu ISN membuat ramalan dan mengenal pasti potensi seseorang atlet dalam sukan yang diceburi berdasarkan rekod prestasi yang disimpan dalam perisian tersebut.

"Pada peringkat awal ini, kita mengambil perimeter-perimeter ujian khusus untuk perisian ini dan kita akan dapat meramalkan kebolehan dan juga potensi mereka untuk berjaya dalam masa dua atau tiga tahun selepas itu.

"Sebagai contoh, jika atlet tersebut berumur 14 tahun, sistem ini dapat membuat ramalan mengenai tahap kesesuaian sukan yang diceburi atlet itu ketika berumur 16 tahun dan apakah sukan yang mungkin mereka lebih berpeluang untuk berjaya," katanya.

Untuk peringkat awal, sebanyak lapan sukan utama iaitu bola sepak, badminton, renang, berbasikal, olahraga, ragbi, sepak takraw dan angkat berat terlibat dalam pembangunan sistem perisian pintar tersebut.

Pada majlis yang sama juga, ISN turut menandatangani dua lagi perjanjian iaitu kontrak penajaan selama tiga tahun bernilai RM282,000 bersama syarikat minuman susu kultur, Yakult Malaysia serta Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Monash University Malaysia.

Melalui penajaan bersama Yakult Malaysia itu menyaksikan sejumlah 100,000 botol minuman Yakult Ace Light, yang merupakan minuman probiotik dari Jepun, akan dibekalkan kepada atlet kebangsaan manakala Monash University Malaysia akan membantu ISN dari segi kerja penyelidikan berkaitan sukan dan kesihatan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: KL2017

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan