Golf CIMB: Chia Rangkul Trofi Juara

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 8:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain veteran Danny Chia menempah penampilan keenamnya di CIMB Classic selepas menewaskan Gavin Kyle Green dengan satu birdie pada lubang kedua penentuan play-off  Kejohanan Golf Kebangsaan CIMB pada Jumaat.

Chia membawa pulang wang tunai RM30,000 selain trofi  susulan kejayaannya itu.

“Hari ini perlawanan paling sukar yang memerlukan saya melakukan kebangkitan semula. Dapat melayakkan diri ke CIMB Classic sekali lagi memang hebat dan memenangi perlawanan hari ini, menewaskan Gavin dalam play-off memberikan satu kepuasan yang tinggi.

“Saya sendiri menyukarkan keadaan saya. Saya melakukan triple bogey pada lubang kedua dan entah mengapa ia sering berlaku pada saya. Ia terlalu kerap sehinggakan sudah tidak sukar untuk saya bangkit semula,” kata pemain berusia 44 tahun itu selepas penyampaian hadiah.

Chia merupakan pemain golf Malaysia yang paling banyak membuat kemunculan di CIMB Classic dengan penampilan pada 2011, 2012, 2014, 2015 dan 2016 dengan pencapaian terbaik di tempat ke-13 pada 2011.

Pada perlawanan di TPC Kuala Lumpur, pendahulu semalaman itu mara ke pusingan akhir dengan tiga bawah par 69 selepas bangkit semula daripada triple bogey pada awal pusingan menerusi lapan birdies untuk merekodkan agregat kejohanan lapan bawah par 280.

Chia berjaya mengurangkan par pada pusingan akhir untuk memaksa perlawanan penentuan  dengan Green bagi menempah slot ke CIMB Classic yang akan berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober ini.

Mengekori dengan  tiga pukulan ketika perlawanan bermula, Green memaksa perlawanan penentuan dengan catatan 66 yang dibantu tujuh birdies.

“Saya terlepas begitu banyak put sepanjang minggu ini, yang mana menjengkelkan, kerana saya membuat pukulan yang baik. Ia satu perlawanan yang sengit untuk ke playoff, kali ketiga berturut-turut,” katanya menambah beliau berdepan situasi sama dua kali tahun lepas dan terkini pada hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu berkemungkinan besar layak ke kejohanan diiktiraf Jelajah PGA menerusi ‘Asian Tour’s Order of Merit.’

Green perlu kekal dalam kelompok 10 teratas pada 9 Okt ini untuk layak ke CIMB Classic bagi tahun kedua berturut-turut.

Sementara itu, pemain profesional rookie Amir Nazrin Jailani menamatkan kejohanan di tempat ketiga selepas mencatat 69 pukulan termasuk satu cubaan birdie yang gagal pada lubang ke-18, yang kalau tidak akan melayakkannya ke perlawanan penentuan.-Bernama

Keputusan akhir:

280 - Gavin Kyle Green 72-70-72-66, Danny Chia 68-70-73-69; (Chia menang dengan satu birdie pada lubang kedua penentuan playoff)

281 - Amir Nazrin Jailani 69-71-72-69;

282 - Ben Leong 65-76-71-70;

283 - Sukree Othman 70-69-76-68;

288 - Wilson Choo 69-71-74-74;

289 - Md Rashid Ismail 74-70-72-73;

290 - Nicholas Fung 74-72-73-72, Mohd Zur'ie Harun 68-74-76-73;292 - Shahriffuddin Ariffin 73-70-76-73.-

Tags / Kata Kunci: CIMB Golf , Danny Chia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan