Gelaran Juara Dunia Bukan Tekanan

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Gelaran juara dunia yang diraih ratu terjun negara Cheong Jun Hoong tidak memberi tekanan kepadanya untuk beraksi pada mana-mana kejohanan terutama di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos ini.

Bagi penerjun berusia 27 tahun itu, setiap kejohanan adalah cabaran baharu yang perlu ditempuhi selain tidak memandang rendah peserta lain.

"Juara dunia adalah gelaran sahaja, dan dengan kejayaan saya ini, sejarah telah tercipta. Saya tidak tertekan sebab sekurang-kurangnya saya membawa kebanggaan kepada rakyat di negara ini.

"Saya tidak kisah dengan markah saya semasa kejohanan, langsung tidak tengok papan markah sampai pusingan keempat. Saya dapat kurangkan tekanan dan lebih enjoy pada kejohanan kali ini," katanya pada sidang media sejurus tibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin.

Mengenai Sukan SEA pada Ogos ini, Jun Hoong berkata gelaran juara dunia bukan untuk dirinya mendabik dada ketika membuat penampilan di temasya dwitahunan itu nanti.

Menurutnya beliau tetap menghormati semua peserta pada temasya itu sambil menyifatkan pencabar terbesar pada setiap pertandingan adalah dirinya sendiri.

"Pada saya, setiap pertandingan adalah satu cabaran baharu. Saya akan sentiasa memberi yang terbaik dan mencapai sasaran kontinjen untuk meraih pingat emas," katanya.

Jun Hoong berjaya meraih pingat emas dalam acara terjun 10m platform individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia FINA di Budapest, Hungary pada Rabu.

Pada kejohanan dunia itu juga, Jun Hoong turut meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama bersama-sama Pandelela Rinong.

Anak kelahiran Perak itu, yang sebelum ini turut memenangi pingat perak di Olimpik Rio bergandingan dengan Pandelela Rinong, mengumpul 397.50 mata bagi memastikan lagu ‘Negaraku' berkumandang di Duna Arena Budapest.

Jun Hoong menewaskan bekas juara dunia Si Yajie dari China yang mengumpul 396.00 mata untuk meraih pingat perak manakala rakan senegaranya yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Ren Qian meraih gangsa dengan 391.95 mata.

Terdahulu, sejurus tiba di KLIA, Jun Hoong serta skuad terjun negara diberi sambutan wira negara oleh kira-kira 1,000 penyokong dan anggota keluarga.

Jun Hoong juga menerima pengiktirafan daripada Malaysia Books of Record selaku penerjun pertama negara yang meraih gelaran juara dunia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Cheong Jun Hoong

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan