Mohamad Ridzuan Gagal Pertahan Emas Di London

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 9:27 AM

Ridzuan (kiri) meraih perak selepas tewas kepada pelari China, Yang Yifei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi gagal mempertahankan pingat emas dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) selepas mendapat tempat kedua pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, England pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemegang pingat emas Olimpik Rio 2016 itu yang muncul juara pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar sekadar memenangi pingat perak dengan catatan masa 12.15 saat bagi menyamai masa terbaik dalam acara yang diadakan di Stadium London di Queen Elizabeth Olympic Park, menurut laman web kejohanan www.paralympic.org/london-2017.

Atlet dari China Yang Yifei, yang juga pemenang pingat perak pada Olimpik Rio 2016, meraih pingat emas selepas mencatat rekod baharu Asia 11.93 saat manakala Rodrigo Parreira da Silva dari Brazil, pemegang pingat gangsa di Rio, sekali lagi mendapat gangsa dengan masa 12.28 saat.

Mohamad Ridzuan juga mengambil bahagian dalam acara 200m T36 di London tetapi hanya berjaya menamatkan kedudukan di tempat keempat pada 17 Julai lepas.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia mengumpul dua pingat emas dan satu perak dalam pertandingan itu yang berakhir pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Untuk rekod, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas pertama negara selepas mencatat rekod dunia baharu dengan jarak lontaran 17.29 meter dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) sebelum Abdul Latif Romly menyumbang emas kedua dengan rekod kejohanan baharu 7.37 meter dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran).-Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan