Olahraga Para Dunia: Ridzuan Tempat Slot Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 9:18 PM

Mohd Ridzuan (kanan) tempah slot ke aksi final awal pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Mohd Ridzuan Mohd Fuzi layak ke final acara 100m T36 (cerebral palsy) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di  London, Sabtu.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu, mencatatkan masa 12.29s untuk memenangi saringan pertama diikuti pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik Rio, Rodrigo Parreira Da Silva dari Brazil dengan 12.6s  dan wakili Ukraine, Roman Pavlyk, di tempat ketiga dengan catatan masa 12.83s.

Mohd Ridzuan dijangka akan menerima cabaran sengit daripada pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Rio, Yang Yifei selepas atlet China itu memenangi saringan kedua dengan catatan masa yang sama (12.29s).

Atlet Great Britain, Ballard Graeme (12.66s) dan Cluksza Krzysztof dari Poland (12.94s) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam saringan kedua.

Turut layak ke pentas final esok ( 3 pagi waktu Malaysia) ialah atlet Australia, Davidson Brayden yang menduduki tempat keempat pada saringan kedua dengan catatan masa 13.13s.

Mohd Rizduan, anak kelahiran Perlis berusia 29 tahun itu, merupakan pemegang rekod Sukan Paralimpik dengan 12.07s yang diciptanya di Rio de Janeiro, tahun lepas dan memenangi kejohanan olahraga para dunia edisi lepas di Doha dengan masa 12.08s pada 2015.

Malaysia akan merangkul pingat emas ketiga seandainya Mohd Ridzuan mempertahankan gelarannya selepas Muhamad Ziyad Zolkefli menghadiahkan emas dalam acara lontar peluru F20 dengan rekod baharu dunia 17.29m dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20, Sabtu lalu.-Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan