Kejutan Hari Jadi Untuk Khairul

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 11:30 AM

Jantan dan Norliza berbangga dengan pencapaian Khairul.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Atlet lari pecut Khairul Hafiz Jantan akan bertemu rakan-rakan lama dan menikmati makanan kegemarannya, sambal kacang pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya ke-19 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Bapanya, Jantan Ramli, 48, berkata, mereka sekeluarga akan bergerak ke Bukit Jalil pada malam Jumaat untuk melakukan persiapan bagi sambutan itu.

“Rakan baik anak saya juga akan turut berada di sana.

“Majlis istimewa itu bukan sahaja untuk Khairul, tetapi untuk semua orang bagi meraikan minggu terakhir bulan Syawal. Ia juga merupakan majlis kesyukuran di atas kejayaannya memecah rekod negara berusia 49 tahun itu.

“Kami juga akan membawa makanan kegemaran Khairul dan menjemput rakan-rakannya ke majlis itu," kata Jantan.

Menurut Jantan, anak lelakinya yang berusia 20 tahun dan anak perempuannya, 13, juga ingin memberi hadiah kejutan kepada Khairul di atas kejayaannya kerana mengharumkan nama Melaka.

Jantan turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan rakyat Melaka di atas sokongan mereka terhadap pencapaian luar biasa anaknya itu.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada jurulatih Mohd Poad Mohd Kassim, kerana telah melatih Khairul sehingga berjaya dalam masa yang singkat,” katanya.

Norliza Mohamad, 42, turut gembira apabila mengetahui anaknya berjaya mengatasi rekod Tan Sri Dr M. Jegathesan pada 1968 di dalam acara pecut 200 meter.

“Kami teruja dan berharap anak kami akan terus membuat kami bangga pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur,” katanya.

Idris berkata, Khairul patut disanjung sebagai wira negara.

“Dia kini menjadi kebanggaan Malaysia dan bukan sahaja oleh rakyat Melaka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini.

Menurutnya, Khairul perlu bekerja keras untuk memecahkan banyak lagi rekod pada temasya Sukan SEA, Ogos depan.

“Dengan keyakinan dan semangat yang tidak luntur, dia boleh lakukannya," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Khairul Hafiz Jantan , atlet pecut

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan