Dhabitah Layak Ke Peringkat Akhir - Sukan Ekstra | mStar

Dhabitah Layak Ke Peringkat Akhir

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 11:06 PM

Nur Dhabitah Sabri. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerjun meningkat naik negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary, pada Khamis.

Dalam saingan separuh akhir di Duna Arena yang melibatkan 18 peserta itu, Nur Dhabitah menempah tiket ke peringkat akhir selepas berada di kedudukan keenam daripada 18 peserta dengan mengumpul 321.70 mata.

Seorang lagi peserta Malaysia, Ng Yan Yee terlepas peluang beraksi di peringkat akhir dengan hanya 4.35 mata di belakang peserta Afrika Selatan, Julia Vincent selepas mengutip 285.30 mata dan berada di kedudukan ke-13.

Peringkat akhir acara 3m papan anjal individu wanita itu akan berlangsung pada Jumaat dan melibatkan seramai 12 peserta.

Saingan peringkat separuh akhir itu diungguli peserta dari China, Shi Tingmao dan Wang Han selepas masing-masing mengumpul 380.45 dan 354.90 mata.

Kedudukan mereka dicabar dua peserta Kanada, Pamela Ware (338.25 mata) dan Jennifer Abel (337.60 mata) yang berada di kedudukan ketiga dan keempat. - Bernama

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan