Olahraga Para Dunia: Ridzuan, Nasharuddin Gagal Raih Pingat

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 3:05 PM

Mohd Ridzuan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia gagal meraih sebarang pingat pada hari ketiga Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 selepas dua atlet paralimpik negara gagal naik ke podium dalam acara masing-masing di London, Isnin (Selasa di Malaysia).

Pemenang emas 100m T36 (celebral palsy) Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohd Ridzuan Mohamad Puzi, yang beraksi dalam acara 200m T36, hanya mampu melakukan catatan 25.21s untuk menduduki tempat keempat dalam acara itu.

Atlet Australia, James Michael Turner memecah rekod dunia dalam acara tersebut dengan catatan 24.09s untuk merangkul pingat emas, iaitu masa 0.06s lebih pantas daripada rekod dunia miliknya yang dicipta pada saringan kedua, Ahad lalu.

Krzysztof Ciuksza dari Poland meraih pingat perak dengan catatan masa 25.04s manakala wakil Brazil, Rodrigo Parreira Da Silva merekodkan masa 25.19s untuk membawa pulang pingat gangsa.Mohd Ridzuan merupakan atlet negara pertama berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik apabila memenangi acara 100m dengan masa 12.07s di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lepas.

Dalam pada itu, dalam acara yang berlansung di Stadium Queen Elizabeth Olympic Park, London, wakil negara, Mohd Nasharuddin  Mohamad gagal mempamerkan aksi memberangsangkan apabila mencatatkan masa 50.69s untuk menduduki tangga kelima daripada tujuh peserta dalam acara 400m T2 (masalah pembelajaran).

Juara bertahan serta penyandang rekod dunia, Daniel Martins dari Brazil memenangi pingat emas dalam acara tersebut selepas memperbaharui rekod kejohanan dengan masa 47.66s.Atlet berusia 21 tahun itu memadam rekod kejohanan iaitu 48.27s yang dicipta pada edisi lepas di Doha, Qatar pada 2015.

Atlet Colombia, Damian Carcelen merangkul pingat perak selepas mencatatkan masa 49.20s manakala atlet Sepanyol, Deliber Rodriguez Ramirez meraih pingat gangsa dengan catatan masa 49.48s.

Malaysia setakat ini telah meraih dua pingat emas menerusi Muhamad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru lelaki F20 dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh lelaki T20.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Kejohanan Olahraga Para Dunia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan